Sunday, 15 September 2013

ukhuwah fillah ^_^



 Duhai sahabat-sahabat yang ana sayangi,
pertemuan kita memberi 1000 makna dalam
hidup ana...Bertuah rasa hati ini dapat mengenali
antunna semua..Allah itu sebaik-baik PERANCANG kan?

Selama 3Tahun ana bersama antunna semua,
banyak yang dapat kita kongsika bersama,
kenangan dengan antunna didalam ruang
sekecil bilik darjah akan ana sematkan
dalam hati ini..

Tika ini ana terlalu rindu akan 
kenangan bersama antunna..
Takdir ana berpisah jasad dengan 
antunna semua demi mencari 
yang terbaik buat diri demi menggapai redha ALLAH,
hati ini sayu saat melangkah keluar dari 
taman islam yang menjadi tempat tidur,
makan ,belajar,bermaiin ana 
dan disini lah ana ditarbiah oleh asatizah,
naqibah usrah yang tidak jemu melontar ilmu yang ada
didada mereka...
sungguh ! ! ana perit menghadapi perpisahan ini..
TETAPI ....
ana teringat dengan janji ALLAH yang hakiki,
teringat kata-kata sahabat ana,
jangan ditangisi sebuah perpisahan 
kerana setiap pertemuan dan perpisahan mengajar kita erti 
KEHIDUPAN..

YA ALLAH,
Bajailah hati kami dengan limpahan rahmat dan 
kasih sayang-MU..
berkatilah setiap detik hidup kami
agar kami sentiasa berada dibawah rahmat-MU
dan dijalan lurus-MU,
jadikanlah kami diantara hamba yang ENGKAU 
sayangi dan berada didalam lingkungan 
orang-orang yang soleh dan solehah,
YA ALLAH...
tempatkanlah kami disyurga firdaus-MU,
kuatkanlah tali ukhuwah antara kami..
walau jasad terpisah,
doa menjadi penghubung kami..
aamiin ya ROBB ! !

















ukhuwah fillah abadan abada ^_^
uhibbukum jiddan ! ! !
*asiff yang iada dalam gambar,
tetap ada dalam hati ana...:)