Di luar tingkap langit telah lama gelap.Awan yang mendung sejak senja tadi mula mencurahkan hujan.Minn Edina mengemaskan helaian-helaian paperwork yang baru diprint.Kepalanya ikut tergoyang-goyang menari dengan See You When You Get There.Rambutnya yang panjang separas bahu diikat ekor kuda terbuai-buai mengikut gerak kepalanya.Sekilas dia melihat jam di dinding biliknya. 11.45. Hmm...Awal lagi.
Paperwork 'U r Us' yang baru dikemaskini itu diisi ke dalam fail.Dia melepas nafas lega.Akhirnya selesai jugak projek dasyat nie!Projek anti-keganasan dan anti-perang yang dianjurkan oleh kolejnya baru sahaja selesai minggu lalu.Diklasifikasikan sebagai salah satu projek mega untuk tahun itu.Tugasnya sebagai setiausaha projek memang membuatkan dia tidak menang tangan.Tapi nanti siapa yang dapat nama?!Pengarah projek jugak!Minn Edina menggeleng kepala sendiri.
Dia bangun dari meja study lalu melangkah ke katil.Handset di tepi bantal dicapainya.Jemarinya pantas menekan keypad menghantar SMS.Selesai menghantar pesanan itu dia melontar tubuhnya ke katil.Pandangannya di lempar ke keliling biliknya.Headphone yang disangkut di leher ditarik turun lalu diletakkan di atas night-table.MP3 yang disangkut ke leher turut dimatikan dan diletak di tepi headphone.Poster-poster gergasi Shohoku dari Slam Dunk,Jordan,Kevin Garnett dan Kobe Bryant menyapa pandangannya.Dinding bertentangan dengan pembaringannya pula bertampal aksi Tony Hawk,Mike McGill,Jerry Hsu dan Jamie Thomas.
Handsetnya tiba-tiba melagukan Carmen.Dicapainya lambat-lambat sebelum menekan butang menerima panggilan.
"Assalamualaikum."
"Minn!"Suara lelaki itu berbunga ceria. "Finished?"
"Kalau takat nak tanya tu je,baik kau message je.Jimat sikit."Ujar Minn datar.
Ketawa. "Marah I call you?"
Minn merengus perlahan. "Dah la tu.Aku nak knock-off dah nie.Aku penat la." Dia memejam mata. "Kau mana tau.Yang kau tau kerja siap je."
"You marah ye,Minn?"
"Dah la tu Jay.Esok aku pass-up paperwork tu.Pandai-pandai la kau nak present kat Mr.Fernando."Terus dia mematikan talian.
***
Yaya mengimbangkan tray di tangan sambil berjalan ke arah Minn yang dah duduk mengunyah fries.A'ai pula leka memerhati budak-budak yang melepak di depan cafe itu.
"Dah jumpa Jay,Minn?"Tanya Yaya.
Minn tak menjawab.Sekadar mengangguk. "Dah tak lalu dah rasanya dah involve dengan projek lagi." She Hates Me mengasak telinga kanannya.
Yaya dan A'ai serentak ketawa.
"Kau kan favourite Mr.Fernando kalau kolej nak buat apa-apa."A'ai sengih mengusik. "Cuma nasib malang je kau kena kerja dengan Jay untuk 'U r Us'."
"Tapi Jay pulak yang macam dapat loteri."Tambah Yaya sambil ketawa.
Minn menjulingkan matanya. Tiba-tiba dahinya berkerut. "Aiseh...."Ujarnya perlahan.
Yaya dan A'ai sama-sama berpaling ke belakang mengikut arah pandangan Minn.Johan Kamaruzzaman melangkah gagah ke arah mereka dengan senyum tujuh juta megawattnya.
Minn dah menjulingkan mata.
"Hi,girls."
"Hi,Jay."Hanya Yaya dan A'ai yang menjawab.Minn sekadar senyum terpaksa.
Jay berpaling ke arah Minn. "I've got a message from Mr.Fernando.He wants to see you whenever you're free."
Dahi Minn berkerut. "Apahal?"
Jay jungkit bahu.
Minn bangun.Dia merenung Yaya dan A'ai. "I'm off."
Jay cuba menyaingi Minn sambil dia melangkah keluar cafe. "Minn,you free tak?Petang nie?"
"Nope!"Tanpa perasaan dia membalas.Langkahnya dipecut terus dengan gear 5.Meninggalkan terus lelaki itu di belakang.
"Morning Mr.Fernando."Ucap Minn sebaik sahaja memasuki bilik penyelaras kerja sosial itu.
Mr.Fernando bangun dari kerusinya sambil tersenyum. "Ah,Edina.Please,be seated."Jemputnya sambil duduk kembali. "I hope I'm not causing any inconvenience taking your time like this?"
Minn sengih. "No sir."Dia merenung wajah lelaki Serani separuh abad itu. "Anything wrong with U r Us,sir?"Tanyanya sedikit bimbang.
"No no."Mr Fernando menggawangkan tangannya. "It was a blast.Even the principal was really pleased.You guys are really great."Dia merenung Minn penuh makna dengan senyum ikhlas terukir di bibir. "You are really great."
Minn senyum senang. "Ala...sir nie...You're the greatest la."
"Okay,back to business.I need you to do me a favour."
Minn mengangkat kening sebelah.Matanya bertanya.
"You kenal Mohd. Ashraff Omar?"
Dahi Minn berkerut.Siapa pulak tu?Aku nie dah la bermasalah nak kenal orang.Dah la kat kolej nie orang beribu.Ish.. "Course?"
"Business admin jugak.My student"
Minn masih blur. "What do I have to do with him?"
Mr.Fernando menarik fail yang terletak di depannya. "Could you be his mentor cum partner,for a mini-project?Just to do the planning and the tedious paperwork."
"Haa?"Minn sedikt ternganga. "Meaning,sir?"
"This guy's social work service hours are not up to the notch .He need all the help that he can get.I would trust no one but you."Mr.Fernando merenung Minn,mengharap. "Edina,you boleh tolong I,kan?Also tolong dia at the same time."
Minn termenung seketika. "Sir,I tak kenal dia la."Dia merenung wajah Mr.Fernando.
Mr.Fernando senyum. "We'll fix that.Tomorrow 12.45?"
Tambah lagi satu bala!Hari sudah lewat petang.Hampir pukul 5.30.Pandangannya dibuang jauh ke hadapan.Riuh rendah suara dari park di sebelah laluannya tak menarik perhatian.Points of Authority yang berdentum dari headphone yang tersangkut di leher itu juga seolah tak masuk ke telinga.Langkahnya terus juga diatur walaupun fikirannya berpusing tanpa arah.Nasib baik satu projek gila punya besar dah lepas!Hatinya menggumam sendiri.At least dah habis seksa dengan Jay!
BUK!
Di hadapan matanya terasa macam nampak bintang.Dipejam celik matanya beberapa kali.Tangan kirinya meraba kepala yang terasa sengal.Minn menala pandangan pada bola basketball yang tergolek di kakinya!Terdengar suara sumbang yang ketawa dan derap sneakers yang berlari ke arahnya.
"Err...you okay?"
Minn tak menjawab.Kepalanya masih terasa bengap.Dia tunduk mengambil bola Spalding itu dengan sebelah tangan.
"You okay tak?"Suara itu concern berbunga cuak.
Minn mengangkat muka merenung lelaki yang berdiri di hadapannya itu. "Okay."Toneless.Dia menghulur bola.
"Uh..Sorry.Tak sengaja."
Minn geleng."Happens all the time."Dia mengalih pandang pada court basketball di tepi park itu.Kesemua player di tengah court mengangkat tangan ke arahnya.Apologizing gesture.Minn turut mengangkat sebelah tangan sebelum berlalu meneruskan perjalanan pulangnya.Kepala sebelah kirinya kini berdenyut sakit.Haila...Lagi satu bala...